theBAND di Youtube

Konsep dan Idea Asal theBAND oleh Pengasas theBAND

theBAND adalah Program Realiti TV yang terbaru dan program pencarian bakat hasil inisiatif 69event.my. Program pencarian pemuzik-pemuzik berbakat seluruh dunia untuk menjadi pelapis lagenda-lagenda rock. theBAND berhasrat membuka ruang dan membina satu platform yang kukuh untuk pemuzik-pemuzik menunjukkan bakat sebenar mereka.

theBAND juga bertujuan untuk menghasilkan artis, pemuzik dan kumpulan muzik baru yang popular. Ini kerana sistem pengundian adalah 100% dalam talian (online). Undian datang dari peminat muzik di seluruh dunia di mana mereka hanya akan mengundi peserta yang mereka mahu, suka, mengikut trend semasa dan popular.

theBAND kini sedang mencari Rockstar masa hadapan dengan mempertandingkan 7 (tujuh) Kategori. Kategori-kategori tersebut adalah VOCALIST (Penyanyi), GUITARIST (Pemain Gitar Utama), BASSIST (Pemain Gitar Bass), DRUMMER (Pemain Drum), KEYBOARDIST (Pemain Keyboard), SONGWRITER (Komposer Lagu) dan FULL BAND (Band).

Battle of theBAND pula diaktifkan secara bulanan untuk mencari Juara Bulanan bagi 5 kategori yang dipertandingkan. Lima (5) kategori dipertandingkan iaitu VOCALIST (Penyanyi), GUITARIST (Pemain Gitar Utama), BASSIST (Pemain Gitar Bass), DRUMMER (Pemain Drum) dan FULL BAND (Band).